
PAPAR: Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan mempersoalkan keperluan melaksanakan projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) hingga kerajaan terpaksa berbelanja besar mencecah RM50.2 bilion.
Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen Negara (PAC) berkata banyak persoalan timbul mengenai projek yang dijangka siap tahun 2030 itu sama ada ia satu keperluan atau pembaziran.
Katanya, sebenarnya banyak infrastruktur lain yang perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding projek MRT3 terutamanya keperluan mendesak di Sabah.


