“Buktikan yang anda seorang Perdana Menteri yang baik dengan membatalkan program ini,” demikian kata pempengaruh sensasi.
Difahamkan, wanita berkenaan menggesa campur tangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan penganjuran konsert Coldplay yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, gesaan itu dibuat bagi menghormati nasib rakyat Palestin yang sedang berada dalam kesusahan akibat konflik Palestin – Israel sejak 7 Oktober lalu.
“Rakyat ataupun saudara seIslam kita di Palestin tengah merana, berjuang untuk hidup. Tetapi di Malaysia ada Coldplay macam ni,” katanya dalam klip video yang tular di media sosial sejak semalam.
Bagaimanapun video berkenaan dipadamkan selepas menerima kecaman teruk daripada netizen yang mendakwa wanita berkenaan hipokrit.
asek!!! hai korang.. jangan stress2 ya…
Berdasarkan carian netizen, wanita itu sebelum ini kerap berkongsi video dirinya melakukan aktiviti berzumba. Selain itu, turut dimuat naik video dia bergelek dengan ahli keluarga.
“Hat ni takpa pulak. Tak payah boikot eh? Terkinja-kinja sedangkan saudara seagama kita tengah berperang. Tak sama eh macam boikot konsert?” kata Nnn.
“Orang Palestin tengah bermati-matian, awak menari macam ni pulak eh. Ingat saudara kita di Palestin kak,” kata Balokakikikis dan F1rd.
The post ‘Batalkan konsert, hormat nasib rakyat Palestin’ – Influencer gesa batalkan konsert Coldplay, tapi netizen jumpa video dia seronok berzumba appeared first on The Reporter.




