Batik Air hentikan penerbangan ke Pakistan, India selama dua hari berikutan ketegangan kedua-dua negara

07/05/2025 - 15:20
Oleh 'AINA SYAZWINA
KUALA LUMPUR 7 Mei – Batik Air membatalkan beberapa penerbangan dari Pakistan dan India pada 7 Mei dan 8 Mei susulan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara akibat konflik ketenteraan.
Menurut kenyataan Batik Air, penerbangan OD131 dari Kuala Lumpur ke Lahore, Pakistan pada 5.35 petang serta penerbangan pulang OD132 dari Lahore pada 9.35 malam telah dibatalkan.
Penerbangan OD271 ke Amritsar, India pada 6.40 petang dan penerbangan OD272 dari Amritsar pada 11.05 malam turut dibatalkan.
Batik Air turut menyatakan, keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru adalah keutamaan utama.
"Batik Air sedang memantau situasi ini bersama pihak berkuasa dan akan mengemas kini maklumat apabila tersedia," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Penerbangan dibatalkan susulan ketegangan memuncak antara India dan Pakistan selepas serangan militan di Kashmir bulan lalu yang meragut lebih 20 nyawa.
India membalas dengan melancarkan serangan ketenteraan di sembilan lokasi di Pakistan, yang menafikan penglibatannya dalam serangan April lalu. Sebagai tindak balas, Pakistan mendakwa menembak jatuh lima jet India.- DagangNews.com
standard


