Batik Air Jamu Penumpang Dengan Makanan "Fusion" Buat Warganet Hairan

Food
26 Feb 2024 • 12:40 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Bagi korang yang kaki travel, sudah pasti tahu serba sedikit tentang hak anda sebagai seorang penumpang penerbangan. Sebaik sahaja waktu penerbangan anda ditunda melebihi waktu yang dibenarkan, syarikat penerbangan tersebut perlu menghidangkan juadah demi keselesaan para penumpang.

Namun, satu perkongsian baru-baru ini di platform X menarik perhatian warganet. Seorang penumpang Batik Air berkongsi pengalamannya yang dihidangkan satu juadah yang "membangkitkan" selera.

Menurut ciapan @ieqaakarim , jadual penerbangannya telah ditunda sebanyak 3 kali dan memakan masa hampir 4 jam. Sesulan dari itu, para penumpang berhak untuk menerima sebarang makanan atau minuman demi memastikan keselesaan diri.

Namun, juadah yang diberikan oleh Batik Air amat mengejutkan. Seperti yang tertera pada gambar, seakan-akan satu juadah yang disediakan dalam keadaan caca merba. Dia menegaskan lebih baik menerima roti dan sebotol air mineral. Bahkan ramai penumpang yang kesejukan, mereka lebih memerlukan hidangan yang panas. Kita nantikan penjelasan dari Batik Air.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved