Batik Air perkenal laluan baharu ke empat destinasi di China, Taiwan mulai Februari 2024

21 Dec 2023 • 2:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Batik Air perkenal laluan baharu ke empat destinasi di China, Taiwan mulai Februari 2024

zulfadli

21/12/2023 - 14:37

KUALA LUMPUR 21 Dis - Batik Air mengumumkan penambahan rangkaian laluan baharunya menghubungkan Malaysia ke empat destinasi antarabangsa iaitu Kunming, Zhangjiajie dan Zhengzhou di China, dan Kaohsiung di Taiwan, mulai Februari 2024.

Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, langkah strategik itu adalah selaras dengan komitmen pihaknya untuk menyediakan pilihan perjalanan yang pelbagai dan mengukuhkan kehadirannya di destinasi pelancongan utama Asia.

Katanya, China dan Taiwan melambangkan dedikasi Batik Air untuk mengatur perjalanan yang melangkaui sempadan, memupuk hubungan dan memperkayakan kehidupan.

"Kami menganggap destinasi yang mempesonakan ini sebagai pencapaian strategik, memperkukuh kedudukan pasaran syarikat penerbangan kami dan memupuk hubungan perniagaan dan budaya.

"Ini menandakan satu langkah penting dalam kami mencari jejak global yang lebih meluas di Asia," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Chandran berkata, ketika meluaskan kehadiran di China, sejajar dengan destinasi sedia ada seperti Chengdu, Guangzhou dan Haikou, pihaknya sepenuh hati menyokong inisiatif kemasukan bebas visa kedua-dua Kerajaan Malaysia dan China.

"Kami sangat menantikan hasil positif yang saling meningkatkan perjalanan antara Malaysia dan China, menandakan peningkatan dalam ketibaan pelancong," katanya.

image is not available

Penerbangan di laluan baharu itu dikendalikan menggunakan pesawat Boeing 737-8, yang menampilkan 180 tempat duduk kelas ekonomi.

image is not available

image is not available

image is not available

Tambang termasuk elaun bagasi 20 kilogram untuk penumpang. Batik Air juga menawarkan pilihan pra-beli makanan dan elaun bagasi tambahan pada kadar diskaun.

Makanan dan minuman juga dijual di atas kapal dalam semua penerbangan Batik Air. - DagangNews.com