Batik Air Tambah 18 Penerbangan Harian Sempena PRU-15

26 Oct 2022 • 8:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan AFP

KUALA LUMPUR - Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memenuhi peningkatan permintaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, ia menambah 18 penerbangan harian ke destinasi seperti Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 5 hingga 23 November.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata penerbangan tambahan itu dilaksanakan susulan pengumuman tarikh pengundian PRU-15 untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

“Kami menjangkakan berlaku lonjakan permintaan, dan kami berharap penerbangan tambahan ini akan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia serta ahli politik semasa tempoh berkempen.

“Kami meminta pengembara untuk merancang perjalanan mereka dan memanfaatkan penerbangan tambahan yang kini tersedia untuk tempahan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial Batik Air di Facebook, Instagram dan Twitter. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved