‘Batman’ dicekup sertai protes Gen Z

WorldPolitics
3 Nov 2026 • 9:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Batman’ dicekup sertai protes Gen Z

BERLIN –  Seorang lelaki memakai kostum Batman  antara penunjuk perasaan yang ditahan di Jerman malam  Sabtu lalu ketika demonstrasi tegang terus melanda seluruh Eropah, lapor saluran berita The Independent.

Individu berpakaian seperti Dark Knight itu diberkas di Frankfurt,  di mana berpuluh-puluh ribu orang turun ke jalanan di 34 buah bandar kerana menuntut pendidikan lebih baik dan kos sara hidup yang lebih rendah. 

Polis di Frankfurt, Munich, dan Berlin melaporkan kehadiran sehingga 18,000 penunjuk perasaan, manakala penganjur  mendakwa jumlah peserta dua kali ganda angka tersebut.

Seorang aksi di Frankfurt berkata, sekurang-kurangnya dua kedai dijarah apabila protes bertukar ganas, dengan beberapa kedai lain rosak ketika polis cuba mengawal keadaan.

Protes di Jerman  dianjurkan oleh kumpulan kempen dinamakan  ‘Gen Z regelt’ yang bermaksud ‘Gen Z ambil alih’ dalam bahasa Jerman. 

Kumpulan tersebut membantah kerahan tenaga  dan menuntut pelaburan lebih besar dalam bidang pendidikan ketika belia Jerman bergelut dengan kos sara hidup tinggi. – AGENSI

The post ‘Batman’ dicekup sertai protes Gen Z appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved