Battleground Malaysia, Kumpulan Danny Kekalkan Formasi

5 Nov 2023 • 4:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Battleground Malaysia, Kumpulan Danny Kekalkan Formasi

Walaupun seorang anggota pasukan Danny, A-vys mengalami kecederaan di lutut dan tidak dapat bertanding di pusingan terakhir Battleground Malaysia: Road To Gold (BTGMY), Danny Lee Yu Xin tetap meneruskan formasi asal untuk ahli yang lain.

Menurutnya, A-vys mengalami kecederaan itu kira-kira dua jam sebelum pentas akhir dibuka dan ia agak mustahil untuknya mengubah formasi dan rutin tarian di saat akhir.

“Lutut A-vys dislocated dan dia tidak boleh meneruskan perjuangan peringkat akhir BGTMY. Kami hubungi pasukan perubatan dan mereka berjaya ‘masukkan’ semula tulang yang ‘lari’.

“Sedih juga sebab dia dah berlatih untuk masa yang sangat lama. Pada mulanya, kami semua memang risau, tapi akhirnya semua berjalan dengan lancar,” kata Danny.

Ujarnya lagi kepada Gempak, “Berkenaan dengan rutin, kami tak susun semula formasi sebab terlalu last minute.

“Jadi, kami teruskan mengikut perancangan asal. Sebab itu jika anda perhatikan, formasi kami ada yang nampak kosong, dan ada juga yang senget sebab tidak cukup seeorang,” tambahnya.

Pasukan Danny telah meraih gelaran juara dan membawa wang tunai sumbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bernilai RM100,000 dan trofi.

Pada waktu itu juga, salah seorang anggota pasukan Danny iaitu Kayllash Thiagarajan atau lebih dikenali sebagai Kay, telah dinobatkan sebagai juara individu BTGMY.

Dia telah membawa pulang hadiah wang bernilai RM25,000 juga sumbangan KBS dan trofi.

Pasukan yang mendapat tempat kedua ialah pasukan Legosam yang menerima hadiah bernilai Rm30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Seven dengan hadiah bernilai RM25,000.

Rancangan itu telah dihoskan oleh Sherry Al-Hadad, Saint TFC dan Dennis Yin. Juri rancangan pada pusingan akhir adalah Zizan Razak, Lip J, Pacman dan juga Zyko.

Undian secara atas talian daripada orang ramai membentuk 10 peratus daripada jumlah markah bagi pusingan satu dan dua.

Sumber: Gempak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved