‘Batu Sapi ada potensi pelancongan’

LocalTravel
15 Jan 2025 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Kawasan Parlimen Batu Sapi yang sinonim dengan kawasan perindustrian juga berpotensi dijadikan kawasan pelancongan, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Katanya, ini boleh dilihat dengan tapak warisan Batu Sapi dan Pantai Pasir Putih.

Advertisement“Bagaimanapun, pelbagai usaha perlu dilakukan bukan sahaja di peringkat Parlimen Batu Sapi itu sendiri, tetapi juga penglibatan pihak Majlis Perbandaran Sandakan.

“Dalam tempoh dua tahun ini, kita dapat melihat sendiri perkembangan positif terutamanya di Pantai Pasir Putih, satu-satunya pantai terdekat dengan Bandar Sandakan,” katanya pada Program Promosi Pelancongan dan Kebersihan @ Batu Sapi di Pantai Pasir Putih, di sini, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Ahli Parlimen Batu Sapi itu juga berkata dalam tempoh itu pembinaan lebih banyak pondok rehat dan kedai makan di kawasan pantai Pasir Putih ini telah menarik lebih ramai pengunjung.

Namun, beliau tidak menafikan kebersihan masih menjadi isu penting dalam usaha memartabatkan Batu Sapi sebagai salah satu pusat pelancongan di daerah ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Untuk rekod, Batu Sapi merupakan kawasan yang mempunyai banyak penempatan kampung atas air, sekali gus berhadapan dengan isu pengurusan sampah.

Jelasnya, semua pihak terutamanya penduduk perkampungan atas air ini perlu memainkan peranan dan menyemai sifat cintakan kawasan mereka.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Program pembersihan pantai yang melibatkan sukarelawan daripada Persatuan Amal Kebajikan Sosial Sandakan (PAKSS) dan Parlimen Batu Sapi itu mengutip kira-kira 10 tan sampah.

Sementara itu, beliau berkata, antara usaha pembersihan yang akan dilakukan pihak Parlimen Batu Sapi bagi mengindahkan Pantai Pasir Putih adalah mewujudkan benteng perangkap sampah, serta memangkas dahan pokok supaya tidak menghalang pencahayaan lampu-lampu solar yang dipasang di sekitar kawasan itu.