Batuan di tapak binaan jadi cabaran pemaju di Kunak

6 Aug 2024 • 1:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Bertan-tan batuan ditemukan di permukaan tapak projek pembinaan di sini - itu cabaran utama pihak pemaju di kawasan tapak pembinaan bangunan kedai di kawasan perniagaan Simpang Empat, di sini.

Kerja pengorekan untuk meratakan kawasan bercerun itu dijalankan sejak tahun lalu dan sehingga kini proses mengumpul batuan pelbagai saiz sedang dilakukan.

Secara tidak langsung, pihak pemaju dan kontraktor juga berdepan cabaran kos yang tinggi.

“Batuan induk yang biasa ditemukan di Kunak ialah jenis basalt yang telah melalui proses luluhawa,” kata seorang kontraktor yang pernah meninjau kawasan tapak binaan di situ.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Kajian sejarah menunjukkan daerah Kunak mempunyai beberapa tarikan antaranya terowong kartz semula jadi di Ladang Mostyn, kolam air panas di Ladang Sungang, dan kolam lumpur gunung berapi di Ladang Binuang.

Kesemua kawasan itu berkait dengan kewujudan gunung berapi mati atau tidak aktif sejak berpuluh ribu tahun dahulu di Mostyn.

Tinggalan batuan inilah yang banyak dan biasa ditemukan di mana-mana kawasan tapak pembinaan di daerah Kunak.

Sisa-sisa dari batuan induk basalt yang sudah terluluhawa kebanyakannya boleh ditemui di sekitar ladang kelapa sawit dekat Pekan Kunak, termasuk di kawasan tapak pembinaan ketika kerja pengorekan tapak projek.

“Salah satu keistimewaan batuan ini, ia boleh diproses untuk menghasilkan batuan bersaiz lebih kecil menggunakan mesin pemecah batu,” kata seorang penyelia projek.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.