Bau Busuk Bawa Penemuan Mayat Dua Beranak

24 Aug 2024 • 10:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bau Busuk Bawa Penemuan Mayat Dua Beranak

MUAR, 24 Ogos (Bernama) — Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan terdapat bau busuk dari rumah jiran mereka sebelum membuat pemeriksaan kira-kira 1 tengah hari tadi.

Beliau berkata polis kemudian menemukan dua beranak, masing-masing berusia 76 dan 37 tahun sudah meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lepas.

“Turut ditemukan seorang wanita OKU berumur 44 tahun yang dilihat dalam keadaan lesu dan kelaparan. Dia ialah anak kepada warga emas yang meninggal dunia itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Raiz Mukhliz berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata wanita OKU itu juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sumber: BERNAMA