Bau wangi waktu malam, ada netizen laungkan azan

6 Jun 2023 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

SEREMBAN – Misteri bau wangi waktu malam di beberapa kawasan kebelakangan ini termasuk di daerah ini telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Malah perkara itu menjadi perdebatan di laman sosial Facebook dan TikTok apabila ramai yang berkongsi turut menghidu bau sama.

Ada yang mengaitkan bau seperti bunga Melor itu dengan perkara mistik sehingga ada yang mengambil tindakan melaungkan azan.

Perkara itu dikongsi seorang individu di Facebook yang memberitahu kerana takut, dia meminta suami melaungkan azan satu rumah.

"Semalam ku siap suruh dia azan satu rumah. Siap masuk 'group family' tanya. Tapi mak kata tidak apa bau wangi itu. Benda elok.

"Tapi semalam jam 9 lebih bau dekat luar kuat gila. Dalam rumah tak bau dah," tulisnya.

Individu lain berkongsi yang bau wangi tersebut turut dihidu di Taman Rasah, Seremban.

Katanya, suaminya memberitahu kemungkinan bau tersebut datang daripada jiran sembahyang tetapi agak musykil kerana sudah jam 11.30 malam.

Selain itu, ada juga yang menyangka bau tersebut datang daripada bau sabun orang membasuh baju waktu malam.

Seorang penduduk Nilai, Ismawati Ismail, 45, yang dihubungi Sinar Harian turut mengakui ada menghidu bau wangi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jam 11.30 malam pada Isnin.

"Saya tak fikir apa pun. Manalah tau bau itu datang dari kenderaan lain yang membawa minyak wangi atau sabun ke.

"Tapi hari ini (Selasa) tengok di Facebook ramai yang bercakap soal ini. Kelakar juga rasa," katanya

Bagaimanapun, seorang pengguna berkongsi pandangannya yang bau tersebut datangnya daripada bunga yang sedang berada dalam fasa 'peak blooming' disebabkan fenomena bulan penuh.

Katanya, waktu malam bunga-bunga akan mengeluarkan haruman yang sangat kuat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved