Baucar beli-belah bantu penduduk kurangkan kos belanja Deepavali

16 Oct 2022 • 4:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 16 OKT: Insentif Jom Shopping yang diperkenalkan Kerajaan Selangor membantu penduduk berdepan masalah kewangan menyediakan kelengkapan perayaan Deepavali.

Pembantu jualan M Jayadswari,50, berkata beliau memang berharap tersenarai sebagai penerima baucar bernilai RM100 bagi menampung perbelanjaan membeli keperluan.

“Suami saya sakit tak mampu bekerja dan anak masih bersekolah. Saya kena berjimat cermat mengurus perbelanjaan keluarga.

“Ini kali ketiga saya menerima bantuan ini dan mengurangkan beban membeli barangan raya. Saya akan guna untuk beli barangan dapur,” katanya kepada SelangorKini.

image is not available
M Jayadswari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menerima baucar berkenaan daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru hari ini.

Sementara itu Ajit Singh,50, yang berkerja sendiri berkata baucar berkenaan mampu menampung kos belanja kelengkapan Deepavali.

“Walaupun jumlah tidak besar namun tetap membantu keluarga. Akibat pandemik Covid-19, pendapatan saya terjejas dan perlu berjimat cermat.

“Baucar ini akan diguna sebaik mungkin untuk Deepavali. Mungkin boleh beli ayam atau telur,” katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini, sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

View Original Article