Baucar Kita Selangor Gig 2027 – Bantuan RM100/bulan Selama Setahun untuk Rider

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 9:18 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Baucar Kita Selangor Gig 2027 adalah salah satu inisiatif menarik yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2027. Inisiatif ini khusus untuk 5,000 penunggang p-hailing di Selangor.

Penerima akan mendapat baucar bernilai RM100 setiap bulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan RM1,200 setahun.

Selain baucar, peserta akan mengikuti modul latihan ekspres berkaitan pendedahan teknologi dan penerokaan industri baharu yang dikendalikan oleh Selangor Technical Skills Development Centre (STDC).

Semak perincian lebih lanjut mengenai Baucar Kita Selangor Gig 2027 yang perlu anda tahu di bawah.

Apa Itu Baucar Kita Selangor Gig 2027?

Baucar Kita Selangor Gig 2027 ialah skim bantuan kewangan bernilai RM100 sebulan (jumlah RM1,200 setahun) yang digabungkan dengan latihan peningkatan kemahiran untuk 5,000 penunggang p-hailing di Selangor.

Inisiatif di bawah Belanjawan Selangor 2027 dengan peruntukan keseluruhan RM10 juta ini bertujuan mengurangkan tekanan kos sara hidup dan membuka peluang peralihan kepada pekerjaan tetap yang lebih terjamin.

Program ini mewajibkan penyertaan dalam latihan kemahiran jangka pendek (pendedahan teknologi dan industri baharu) yang dikendalikan oleh Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja gig.

Baucar Kita Selangor Gig 2027

    Siapa Layak Memohon?

    Baucar Kita Selangor Gig 2027 ini terbuka kepada 5,000 anak jati atau pengundi Selangor yang berdaftar secara sah sebagai penunggang penghantar makanan dan bungkusan (p-hailing).

    Syarat kelayakan khusus belum lagi diumumkan, namun berikut ialah kriteria umum yang perlu ditepati:

    1. Pemohon mestilah anak jati Selangor (lahir di Selangor) atau memenuhi kriteria menetap/mengundi di negeri Selangor.
    2. Pemohon perlu aktif dan berdaftar secara sah dengan mana-mana penyedia perkhidmatan penghantaran (p-hailing) di Malaysia.
    3. Penerima perlu bersedia mengikuti modul latihan ekspres pendedahan teknologi dan industri baharu yang dikendalikan oleh Selangor Technical Skills Development Centre (STDC).

    Jumlahh Bantuan

    Penerima yang layak akan mendapat baucar bernilai RM100 setiap bulan selama 12 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,200 setahun.

    Cara Mohon Baucar Kita Selangor Gig 2027

    Permohonan rasmi untuk Baucar Kita Selangor Gig 2027 masih belum dibuka. Info terkini permohonan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

    Inisiatif Lain untuk Rakyat Selangor

    Selain Baucar Kita Selangor Gig 2027, rakyat Selangor juga berpeluang menikmati pelbagi lagi inisiatif dan bantuan dalam Belanjawan Selangor 2027. Antaranya:

    1. SEL 30 (Subsidi Pengangkutan Awam): Subsidi sebanyak RM30 sebulan untuk menaiki perkhidmatan tren dan bas bagi memanfaatkan 13,000 pengguna (peruntukan RM5 juta).
    2. Skim CERIA (Penyelenggaraan Pangsapuri): Peruntukan RM10 juta daripada dana kerajaan negeri (ditambah RM5 juta dana LPHS) bagi kerja-kerja baik pulih 30 kawasan pangsapuri dan perumahan strata.
    3. BAIK Selangor (Baik Pulih Rumah): Bantuan kewangan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk membaik pulih 1,000 buah rumah golongan yang memerlukan (peruntukan RM10 juta).
    4. Insentif MamaKerja: Bantuan tunai sebanyak RM1,000 khusus buat golongan ibu bekerja bagi membantu menampung kos penjagaan anak (peruntukan RM5 juta).
    5. Kenaikan Elaun Guru KAFA: Elaun guru KAFA dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 bermula Januari 2027, dan seterusnya dinaikkan kepada RM2,000 pada Jun 2027 (peruntukan tambahan RM14 juta).
    6. Baik Pulih Sekolah Agama (KAFAI): Peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih 292 buah Sekolah KAFAI yang uzur di seluruh Selangor.
    7. AI Untuk Rakyat: Pemberian akses percuma langganan platform kecerdasan buatan Google Gemini Enterprise selama setahun berserta latihan AI kepada 50,000 rakyat Selangor (peruntukan RM12 juta).
    8. Laptop Kita Selangor 2027: 8,400 unit komputer riba percuma yang dianggarkan bernilai sekitar RM2,000 seunit untuk golongan belia, pelajar sekolah, dan mahasiswa.

    dan pelbagai lagi!

    Baca juga: Intipati Belanjawan Selangor 2027 – Insentif & Bantuan untuk Rakyat

    Maklumat Lanjut

    Untuk mendapatkan dokumen penuh ucapan belanjawan dan maklumat lanjut, anda boleh merujuk saluran rasmi Kerajaan Negeri Selangor:

    • Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my
    • Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
    • Pusat Khidmat Masyarakat DUN: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing bagi urusan pengesahan dokumen dan semakan kelayakan setempat (terutamanya bagi skim seperti Laptop Kita Selangor dan BAIK Selangor).

    Soalan Lazim Baucar Kita Selangor Gig 2027

    Apakah itu Baucar Kita Selangor Gig 2027?

    Baucar Kita Selangor Gig 2027 ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Belanjawan Selangor 2027 dengan peruntukan RM10 juta yang menggabungkan bantuan kewangan bulanan serta latihan kemahiran.

    Siapakah yang layak memohon program ini?

    Program ini menyasarkan 5,000 anak Selangor yang bekerja secara aktif dan berdaftar sebagai penunggang p-hailing (penghantar makanan dan bungkusan).

    Adakah penyertaan latihan STDC diwajibkan untuk menerima baucar?

    Ya, program ini dirangka sebagai pakej bersepadu antara pemberian baucar bulanan dan latihan peningkatan kemahiran. Syarat kehadiran atau penamatan modul akan ditetapkan dalam garis panduan rasmi.

    Bilakah permohonan akan dibuka?

    Tarikh rasmi belum diumumkan. Memandangkan inisiatif ini baru dibentangkan pada 13 November 2026 untuk pelaksanaan tahun 2027, permohonan dijangka dibuka menjelang awal tahun 2027.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved