Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR

LocalPersonal Finance
2 Sep 2025 • 12:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baucar PTV3.0 Tawar Perlindungan Insurans & Takaful Mampu Milik Kepada Penerima STR

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menebus baucar bernilai RM30 bagi membantu membiayai sebahagian kos produk insurans dan takaful bermula 1 September.

Menerusi kenyataan tersebut, baucar yang disubsidi oleh Kerajaan Madani membiayai kedua-dua pelan perlindungan yang memiliki jumlah premium atau sumbangan tahunan sekurang-kurangnya RM50, di bawah program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0).

Kerajaan Madani dengan kerjasama industri insurans dan takaful telah memperuntukkan RM60 juta di bawah Belanjawan 2025.

Inisiatif baucar ini dapat membantu untuk menampung kos produk perlindungan di bawah PTV3.O bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada isi rumah pendapatan rendah.

Di samping itu, usaha dari Kerajaan Madani melengkapkan inisiatif lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40, bagi memperkukuhkan jaring keselamatan sosial menerusi kerjasama awam-swasta yang tersasar.

Penerima STR boleh menyemak kelayakan baucar PTV3.O

“PTV3.O mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk menggapai hasrat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti termaktub dalam kerangka Ekonomi MADANI

“Sesungguhnya, sesebuah negara hanya boleh bangkut bersama apabila setiap isi rumah mendapat perlindungan sewajarnya. Hatta, inisiatif ini adalah untuk mengembalikan maruah dan membina ketahanan segenap lapisan masyarakat,” kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Melalui PTV3.0, Kerajaan MADANI tekad untuk memperluas akses kepada semua. Seyogia, keterjaminan kesihatan dan keselamatan bukanlah kemewahan yang boleh dirasai oleh sesetengah kelompok sahaja,” tambah beliau.

Menurut kenyataan lagi, Kementerian Kewangan akan melaksanakan protokol pengesahan identiti dalam PTV3.0 bagi memastikan permohonan yang sahih dan menepati kelayakan.

Sehubungan itu, penerima STR boleh menyemak kelayakan dan merujuk Soalan Lazim PTV3.0 di www.myptv.my.

Orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana ejen, pengedar, atau premis penyedia yang mengambil bahagian, manakala senarai penuh produk yang layak boleh didapati di www.mycoverage.my.

https://www.facebook.com/share/p/17FVdixxA9/