Baulu Komasku teruskan legasi resipi keluarga

LocalBusiness & Finance
21 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baulu Komasku teruskan legasi resipi keluarga

REMBAU – Baulu Komasku me­nya­sarkan untuk menembusi pa­saran lebih luas di pasar raya be­sar seluruh negara dengan lang­kah pertama mendapatkan si­jil halal.

Usaha itu digerakkan oleh Naz­rul Hafizi Abu Bakar, 31, ber­sama isterinya, Nursakinah Az­har, 32, yang membangunkan per­niagaan baulu tradisional meng­gunakan modal sendiri sebelum mengembangkannya kepa­da pengeluaran berskala lebih besar sejak 2025.

Menurut Nazrul Hafizi, idea mengusahakan perniagaan itu tercetus daripada ibu mertuanya yang mempunyai resipi baulu tradisional keluarga, selain melihat potensi produk warisan ber­kenaan untuk dikembangkan ke pasaran lebih luas.

“Pada peringkat awal, kami menggunakan modal sendiri untuk membeli pengadun dan ketuhar kecil bagi memulakan pengeluaran.

“Kami mahu mengekalkan pro­­duk tradisional ini, tetapi pa­da masa sama melihat potensi­nya untuk dikembangkan sebagai satu perniagaan yang lebih be­sar,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Kun­dur Hulu di sini.

Image from: Baulu Komasku teruskan legasi resipi keluarga

Nazrul Hafizi berkata, syarikat kini dalam proses mendapatkan pensijilan halal bagi meningkatkan keyakinan pengguna dan memenuhi keperluan untuk meluaskan pasaran.

Katanya, proses itu kini memasuki 70 peratus melibatkan penelitian bahan yang digunakan, termasuk bahan tambahan bagi menghasilkan baulu berperisa seperti coklat, pandan dan strawberi.

“Kami melihat pensijilan halal sebagai langkah penting sebelum memasuki pasaran lebih besar kerana aspek pematuhan dan pe­ngeluaran perlu diberi perhatian.

“Kami juga pernah mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk memasuki pasaran pasar raya, tetapi pensijilan halal perlu menjadi antara langkah awal yang di­selesaikan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berjaya menembusi rangkaian pasar raya besar, Baulu Komasku perlu beralih kepada pengeluaran secara pengilangan bagi memenuhi permintaan dalam jumlah lebih tinggi serta memastikan bekalan produk dapat disediakan secara konsisten.

Menurutnya, setakat ini, per­nia­gaan itu dibangunkan se­pe­nuh­nya menggunakan mo­dal sen­­diri tanpa menerima se­barang insentif bantuan modal dari­pada mana-mana pihak.

Bapa kepada dua anak berusia enam dan tiga tahun itu berkata, antara cabaran utama ketika memulakan perniagaan ialah memastikan kestabilan kewangan, selain menanggung kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan variasi baulu yang memenuhi cita rasa pelanggan.

Jelasnya, penghasilan baulu ber­perisa memerlukan percubaan berulang kali untuk mendapatkan gabungan bahan yang sesuai tanpa mengabaikan rasa dan tekstur produk.

Nazrul Hafizi berkata, antara variasi yang ditawarkan adalah baulu berperisa coklat, pandan dan strawberi, selain baulu asli yang mengekalkan rasa tradi­sio­nal.

“Resipi asal datang daripada ibu mentua, manakala bagi perisa baharu, kami perlu melakukan R&D, terutama untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai seperti pandan bersama kaya.

“Baulu berperisa mempu­nyai tarikan tersendiri dari segi warna dan inti, tetapi kami tetap mengekalkan baulu asli untuk pelanggan yang menggemari rasa tradisional,” katanya.

Nazrul Hafizi berkata, pema­saran melalui media sosial, khu­susnya TikTok, turut memban­tu memperkenalkan Baulu Komas­ku kepada pelanggan di luar Negeri Sembilan.

Image from: Baulu Komasku teruskan legasi resipi keluarga

Malah, beliau berkata, baulu Komasku turut mendapatkan so­kongan dan bantuan pemasaran daripada Koperasi Kariah Masjid Kampung Kundur Hulu Rem­bau Berhad.

“Pelanggan dari luar kawasan termasuk Kuala Lumpur dan Me­laka turut membeli produk kami. Kami mahu mengembalikan nostalgia rasa baulu seperti yang dinikmati orang dahulu,” ­ka­tanya.

Beliau berkata, perkembangan perniagaan membolehkan mereka meningkatkan keupayaan pengeluaran daripada penggunaan ketuhar kecil kepada dua ketuhar industri empat tingkat.

Kini, Baulu Komasku mampu menghasilkan kira-kira 2,000 biji baulu bagi setiap sesi penge­luaran bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Operasi itu dibantu lima pekerja yang mengendalikan penyediaan acuan, pembakaran dan pem­bungkusan bagi memastikan pe­ngeluaran berjalan lancar.

Menurutnya, proses mengha­silkan baulu memerlukan ke­teli­tian kerana penggunaan ­acuan ser­ta kawalan pembakaran mem­pengaruhi kualiti dan tekstur produk.

“Baulu kami mempunyai dua ciri utama, iaitu garing dan lembut. Kami mahu mengekalkan ciri tersebut sebagai identiti Baulu Komasku.

“Produk baulu ini boleh bertahan antara 14 hingga 20 hari, tetapi selepas tempoh itu teksturnya boleh berubah dan tidak lagi rangup seperti biasa,” katanya yang menggunakan acuan bentuk belimbing.

Justeru, beliau berharap Baulu Komasku dapat terus berkembang dan memperluas pasaran pro­duk tradisional itu tanpa me­ngabaikan keaslian rasa yang menjadi identitinya.

Selain jualan menerusi TikTok, Baulu Komasku turut dipasarkan melalui kios jualan dan beberapa kedai sekitar Rembau.

Baulu asli dijual pada harga RM18 bagi 30 biji, manakala baulu berperisa ditawarkan pada harga RM18 untuk 18 biji. -KOSMO! ONLINE

The post Baulu Komasku teruskan legasi resipi keluarga appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved