Bawa Agenda Kelestarian Di Peringkat Antarabangsa, Fadillah Yusof Ketuai Delegasi Malaysia Ke Jakarta

3 Sep 2024 • 5:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Sri Fadillah Yusof bakal ketuai delegasi Malaysia ke Jakarta dan akan memberikan ucaptama di International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) pada 5 hingga 6 September ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau menerima jemputan dari Kerajaan Indonesia untuk menyampaikan ucaptama yang sekaligus bakal memperkukuhkan imej dan peranan Malaysia dalam agenda kelestarian dan kemampanan di peringkat antarabangsa terutama dalam visi peralihan tenaga.

Selain itu, kehadirannya itu juga menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda net zero menjelang tahun 2050 nanti.

Fadillah Yusof ketuai delegasi Malaysia ke Jakarta

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantu.

“Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out adalah penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024,” kata kenyataan itu.

Selain menyampaikan ucaptama, Fadillah juga akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi pada 4 hingga 6 September 2024.

Dalam pada itu, ia turut menunjukkan ketersediaan Malaysia dalam melaksanakan peralihan secara lestari kepada para pelabur asing agar boleh meningkatkan keyakinan mereka untuk membuat pelaburan di Malaysia.

image is not available

Ia sekaligus mendorong para pelabur menyempurnakan agenda kemampanan dan matlamat Enviromental, Social and Governance (ESG).

Pada masa yang sama, Fadillah dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Koordinasi Bidang Kemaritiman dan Investasi Rebuplik Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.

Selain itu, beliau juga dijadualkan untuk bertemu dengan diaspora Malaysia di Jakarta bagi berkongsi mengenai usaha dan inisiatif pembangunan terkini negara terutamanya dalam aspek peralihan tenaga.