Kemeriahan Northern Festival of Speed X Choii yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang baru-baru ini tiba-tiba bertukar kecoh apabila tular satu kejadian tidak dijangka melibatkan seorang wanita dan sebuah kereta pameran.

Dalam rakaman yang tersebar di TikTok @shahrul93_, wanita berkenaan didakwa lempar kerusi ke arah sebuah Nissan Silvia S15 yang menyertai acara itu, sekali gus mencuri perhatian ramai netizen.
Difahamkan, tindakan lempar kerusi itu berpunca selepas anak istimewanya terganggu dengan bunyi kuat ekzos daripada deretan kereta berprestasi tinggi yang berada di lokasi.

Lebih mengejutkan, dikatakan wanita terbabit turut menyumbat bekas minuman ke dalam lubang ekzos kenderaan tersebut, dan akibat kejadian itu, pemilik kereta dilaporkan mengalami kerosakan pada cat, calar pada badan kereta dan lampu sisi belakang pecah.
Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Oktober lalu itu pada asalnya menjadi tumpuan ramai peminat automotif dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan drift, pameran kereta dan jualan aksesori.
Namun, insiden lempar kerusi tersebut itu sedikit sebanyak mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ramai yang berpendapat acara permotoran tidak sesuai untuk kanak-kanak, terutama mereka yang sensitif terhadap bunyi bising kerana boleh menyebabkan situasi tidak terkawal seperti yang berlaku.

Ni bukan family day

Sapa suruh makcik datang

Sumber: TikTok @shahrul93_
The post Bawa Anak Autisme Ke Pameran Kereta.. Ibu Lempar Kerusi, Sumbat Botol Dalam Ekzos Sebab Bising appeared first on Borak Daily.

