"Bawa Anak Datang Masa Cuti Sekolah!" - Pameran Interaktif “A Minion’s Perspective” Di Resorts World Genting

20 Oct 2023 • 9:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Untuk korang yang suka layan filem Despicable Medan karakter fiksyen Minion, ada berita best nak bagitahu! Minion Illumination akan bawa something special untuk fans di Malaysia. Haa, nak tahu apa dia? Pameran interaktif A Minion's Perspective di Resorts World Genting bermula dari 5 Disember 2023 sehingga 10 Mac 2024 ini.

image is not availableBerdasarkan francais filem animasi paling berjaya di dunia, Illumination's Despicable Me dan Minions, pameran jelajah antarabangsa ini menawarkan peluang kepada para peminat dari semua peringkat umur untuk menyelami dunia filem-filem Minion yang memecah rekod antrabangsa. Jadi, korang prepare apa yang patut dan enjoy dengan jenaka dan kecomelan Minions!

image is not available

Berikutan kejayaan di Seoul, Shenzhen, Shanghai, Pulau Jeju, Taipei, Singapura dan Dalian, pameran seluas 1,800 meter persegi ini akan menampilkan 8 zon tematik di mana pengunjung boleh menyelami sendiri berada betul-betul di dalam adegan-adegan ikonik daripada filem tersebut.

Korang semua juga boleh menguji kemahiran dalam pelbagai permainan interaktif, boleh mengambil gambar dengan watak kegemaran anda, dan yang paling unik belajar menari seperti Balthazar Bratt!

image is not available

Dah datang jauh-jauh takkan nak pulang dengan tangan kosong kan? Korang boleh dapatkan barangan Despicable Me dan Minions eksklusif di retail shop yang tersedia! Seklain itu, korang boleh jugak layan dengan pertunjukkan Universal Destinations & Experiences, Gru, anak perempuannya dan Minions yang sudah tentunya nakal dan menghiburkan.

Pameran Minion’s Perspective ini akan diadakan di Genting Highlands. Tiket bermula dengan harga RM59 dan boleh didapati di https://bit.ly/a-minions-perspective

So, apa tunggu lagi? Jumpa korang dekat sana!!!

Untuk korang yang nak datang, ada banyak cara dan akses kemudahan yang disediakan melalui pelbagai laluan pengangkutan, antaranya adalah:

1. Bas Ulang-alik Ekspres: Pengangkutan ulang-alik ekspres yang berpatutan dari pelbagai lokasi. https://www.rwgenting.com/en/getting-here/express-bus.html
2. Keretapi: Turun dari Stesen Kereta Api Batang Kali. https://www.rwgenting.com/en/getting-here/rail-transport.html
3. Awana SkyWay: 10 minit perjalanan dengan kereta kabel dari Genting Highlands Premium Outlet.
4. E-Hailing/ Teksi: Boleh didapati di KL Sentral
5. Dari Singapura: Bas ulang-alik tersedia dari WTS Travel https://www.rwgenting.com/en/getting-here/from-singapore.html

View Original Article