Bawa Bayi 1 Tahun Bersama, Pasangan Ini Sambut Tahun Baru Di Puncak Gunung Kinabalu

3 Jan 2023 • 2:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini serta bayi mereka!

Bawa Bayi 1 Tahun Bersama, Pasangan Ini Sambut Tahun Baru Di Puncak Gunung Kinabalu. Merupakan salah satu aktiviti lasak yang tidak semua orang mampu melakukannya, mendaki gunung bukan semudah yang kita sangkakan.

Apatah lagi mendaki gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu, Sabah di mana seseorang itu memerlukan persiapan secukupnya dari segi fizikal dan mental. Stamina kena kuat kalau nak naik Gunung Kinabalu!

image is not available
Bawa Bayi 1 Tahun Bersama, Pasangan Ini Sambut Tahun Baru Di Puncak Gunung Kinabalu. Sumber foto: IG @melissasulaiman

Bayi kecil tidak menjadi penghalang pasangan ini ke puncak Kinabalu

Bayi kecil tidak menjadi penghalang pasangan suami isteri ini untuk meneruskan aktiviti lasak mereka menawan puncak Gunung Kinabalu.

Malah pasangan ini membawa sekali cahaya mata mereka yang berusia 1 tahun menyambut tahun baru di puncak Gunung Kinabalu.

Dalam muatnaik ibu kepada bayi comel tersebut di Instagram, dia berkata dia bersuykur kerana suaminya mempunyai stamina yang kuat mendukung cahaya mata mereka sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

image is not available
Sumber foto: IG @melissasulaiman

Pengembaraan berjalan lancar

Dalam pengembaraan keluarga kecil ini ke puncak gunung tertinggi di Malaysia ini, dia berkongsi bahawa perjalanannya itu berjaya dengan bantuan dan sokongan banyak pihak termasuk pemandu arah serta rakan-rakan seperjuangan.

Tambahnya lagi dalam perkongsian itu, cuaca amat berpihak kepada mereka dan telah membuatkan pengembaraan mereka berjalan dengan lancar dan berjaya ke puncak Akinabalu dalam masa 2 hari.

Apapun, tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri ini kerana mampu membawa anak kecil mereka menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: