Bawa imej ‘Office Siren’, Bella Hadid kembali ke pentas peragaan setelah 2 tahun

WorldWomen's Fashion
27 Sep 2024 • 11:00 AM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Bella Hadid, model yang sering mencetuskan fenomena fesyen, kembali menghiasi pentas peragaan di Paris Fashion Week untuk koleksi musim bunga/panas 2025 oleh Saint Laurent. Kemunculan dengan gaya konsep office siren ini merupakan detik penting dalam dunia fesyen, terutama selepas dia menyepi daripada pentas peragaan selama hampir dua tahun.

Kali terakhir Bella tampil memukau ramai adalah di pertunjukan Coperni dengan inovatif gaun unik yang disembur terus ke tubuhnya pada 2022. Model sensasi ini kemudian beralih fokus kepada projek peribadi seperti pelancaran jenama wangian miliknya, Orabella.

Imej ‘Office Siren’ Bella Hadid curi tumpuan ramai

image is not available
Kredit: IG Bella Hadid

Kepulangan Bella Hadid bukan sekadar satu peragaan biasa. Ia mencerminkan satu transformasi dan penghormatan kepada peranan fesyen yang lebih matang, dengan imej office siren yang dihidupkan semula dalam koleksi Saint Laurent. Dengan menyarungkan sut bersaiz besar rekaan Anthony Vaccarello, Hadid mempersembahkan imej wanita moden yang kuat dan sofistikated.

Gaya office siren tersebut kemudian disempurnakan dengan cermin mata berbingkai hitam dan rambut disikat kemas ke belakang, mencerminkan aura seorang wanita berkuasa yang menguasai ruang kerja tanpa kompromi terhadap keanggunan.

Manifestasi fesyen Saint Laurent 2025

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella (@bellahadid)

Tidak dapat dinafikan bahawa Saint Laurent adalah jenama yang sinonim dengan kuasa dan kekuatan dalam dunia fesyen wanita. Pilihan pereka mereka, Vaccarello untuk mengetengahkan sut oversize sebagai tumpuan utama pada musim ini adalah satu kenyataan berani.

Melalui Bella Hadid, Vaccarello menghidupkan watak wanita yang tidak hanya memandang kepada estetika, tetapi juga pada kuasa yang terserlah melalui pakaian. Sut tersebut, walaupun mungkin kelihatan ringkas pada pandangan pertama, adalah manifestasi fesyen yang merombak sempadan antara feminin dan maskulin.

Fesyen kini bukan lagi sekadar persoalan gaya atau kecantikan; ia adalah medan untuk menyuarakan identiti, kuasa, dan pendirian. Dengan menyarungkan sut seperti yang ditampilkan Hadid, Vaccarello membawa mesej bahawa wanita moden boleh mendominasi kedua-dua dunia — peragaan fesyen dan persekitaran profesional.

Kemunculan semula ‘Hadid Sister’ menguasai pentas peragaan

image is not available
Kredit: Google

Kembalinya Bella Hadid juga seiring dengan kepulangan kakaknya, Gigi Hadid, yang baru sahaja tampil dalam pertunjukan Versace selepas memberi tumpuan kepada kehidupan sebagai seorang ibu dan jenama peribadinya, Guest in Residence. Kemunculan semula kedua-dua adik beradik ini jelas telah mencuri tumpuan minggu fesyen ini, membawa imej ‘power sisters’ yang tidak hanya menguasai pentas peragaan tetapi juga industri fesyen secara keseluruhan.

Buat makluman, kehebatan Bella dan Gigi Hadid bukan sahaja terletak pada kecantikan atau gaya, tetapi juga pada keupayaan mereka untuk terus relevan dalam industri yang sentiasa berubah. Dikenali sebagai ikon fesyen, mereka berupaya untuk kekal berada di puncak, tidak kira perubahan peranan dalam kehidupan peribadi masing-masing. Bella dengan Orabella, dan Gigi dengan jenama pakaiannya, Guest in Residence adalah contoh jelas bagaimana wanita dalam industri fesyen hari ini mampu melangkaui peranan tradisional sebagai model untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Tidak tahu gaya fesyen apa untuk digayakan musim panas ini? Curi konsep office siren yang dibawakan oleh Bella Hadid!

Kredit: Glamour

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


(Kredit gambar Hero dan Featured: Getty Images, Google)


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.