Bawa Jumpa Kawan Baik, Gambar Mesra Park Seojoon & ‘Teman Wanita’ Di Parti Peribadi Tular

Entertainment
30 May 2024 • 11:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukti hubungan cinta diantara Park Seo-joon dan pelakon Amerika, Lauren Tsai telah tular di media sosial.

Menurut sumber, Lauren Tsai telah didapati hadir ke parti yang diadakan oleh Park Seo-joon dan rakan rapatnya pada 15 Mei yang lalu.

Kehadiran pelakon itu dan interaksinya bersama Park Seo-joon telah menarik perhatian ramai, terutamanya selepas pasangan itu dilihat duduk bersebelahan sepanjang parti itu berlangsung.

Malah, pelakon “Itaewon Class” itu juga dikatakan telah memandang dan melayani kekasihnya dengan penuh kasih sayang.

Selepas gambar mereka di parti itu tersebar, netizen telah membuat spekulasi bahawa Park Seo-joon telah memperkenalkan Lauren Tsai kepada rakan-rakan rapatnya.

Terlebih dahulu, berita mengenai hubungan pasangan ini mula tersebar selepas mereka dilihat bersama di Amerika dan Jepun.

Namun begitu, agensi pelakon itu sehingga kini belum lagi mengesahkan hubungan Park Seo-joon dan Lauren Tsai bagi menghormati kehidupan peribadi mereka.

Sepadan sangat kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.