Bawa kerja sekolah ke Euro 2024, Lamine Yamal curi tumpuan

Football
21 Jun 2024 • 4:04 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Demam Euro 2024 sudah bermula. Sudah pastinya tumpuan diberikan pada pasukan pilihan kegemaran peminat bola.

Selain tumpuan pada kutipan mata perlawanan, kisah pemain bola sepak yang mewakili negara-negara tersebut juga menjadi perhatian ramai.

Baru berusia 16 tahun, pemain bola pasukan Sepanyol Lamine Yamal mencuri tumpuan sebagai permain termuda yang diturunkan pada Euro kali ini.

Bukan itu sahaja, sikap tanggungjawab dan disiplin pemain sayap kanan Barcelona itu juga bukan hanya ditonjolkan di padang bola, malahan dia tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Menerusi gambar tular, Lamine Yamal kelihatan tekun menyiapkan kerja sekolah di bilik hotel tempat penginapan pasukan Sepanyol.

Katanya, tumpuan bukan hanya kepada bola sepak sahaja.

“Saya bawa kerja sekolah saya ke sini kerana saya sedang di tahun keempat ESO.

“Saya ada kelas secara atas talian juga dan ianya berjalan dengan baik. Saya harap cikgu tidak marah kepada saya,” katanya.

Sumber: Daily Mail, ESPN FC

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved