Bawa Laju Demi ‘Kejar Trip’, Pemandu ‘Banana Boat’ Dikecam Jadi Punca Kemalangan

7 Sep 2022 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, viral di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran video memaparkan insiden di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pengunjung di Pantai Teluk Kemang yang sedang melakukan aktiviti permainan air.

Namun, apa yang mengejutkan apabila penumpang yang menaiki bot pelampung ‘UFO’ itu telah bertembung dengan bot lain sebelum kesemuanya terpelanting ke dalam laut.

Macam-macam betul lah.. Koyak kain (pelampung).

Sehingga kini, perkongsian video itu telah tular dan meraih 97K tontonan, 1.6K tanda suka dan 458 komen di laman Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi pelbagai reaksi, ada yang berang apabila pemandu bot lebih memikirkan tentang keadaan bot pelampung berbanding keselamatan penumpang.

Malah, ada yang netizen yang mendakwa pemandu bot telah memandu dengan laju demi mengejar ‘trip’ seterusnya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

“Demi Content..” - Jurujual Gigih Kira Duit Syiling, Wanita Pecah Tabung Beli Gelang Dan Cincin Emas