Bawa Masuk Warga Asing, Dua Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,00

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 11:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua pegawai imigresen direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah RM400,000 untuk membawa masuk warga asing ke negara ini tanpa melalui prosedur sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan Buletin TV3, perintah reman sehingga 26 Ogos itu dikeluarkan Majistret Wahidah Zainal Abidin selepas meneliti permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuantan, pada Rabu.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Difahamkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan dalam serbuan berasingan di Nilai, Negeri Sembilan dan Johor Bahru, pada Isnin lalu.

Sumber memaklumkan, penahanan itu susulan operasi besar-besaran SPRM membanteras sindiket counter setting yang dipercayai aktif di KLIA1 dan KLIA2 sejak beberapa tahun lalu.

“Suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit hasil aktiviti meloloskan kemasukan kumpulan warga asing antara tahun 2022 hingga 2024 tanpa melalui prosedur ditetapkan.

“Hasil penahanan itu, SPRM turut menyita wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank milik suspek,” katanya.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Menurut sumber, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu dalam rangkaian sindiket berkenaan akan ditahan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen (179(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Buletin TV3 (Fazli Ahmad)