Bawa Motor Tanpa Lesen, Muka Remaja Berlubang Lepas Langgar Kereta Myvi

24 Jul 2024 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, seorang remaja lelaki yang baru berusia 15 tahun terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan sebahagian mukanya terkoyak sampai berlubang. Ngeri weh..

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal itu merempuh kereta Perodua Myvi yang diletakkan di bahu jalan.

Kemalangan tersebut menyebabkan muka mangsa terkoyak serius manakala pemandu berumur 49 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid telah mengesahkan mangsa tidak mempunyai sebarang lesen memandu.

Remaja tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1957.

image is not available

Jap!