Bawa semangat patriotik, Alif Satar & The Locos hadiahkan Kibar Cinta Merdeka

LocalMusic
18 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bawa semangat patriotik, Alif Satar & The Locos hadiahkan Kibar Cinta Merdeka

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan personaliti popular, Alif Satar bersama kumpulan The Locos tampil dengan karya patriotik terbaharu Kibar Cinta Merdeka sempena sambutan bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Lagu dan video muzik istimewa hasil kerjasama bersama Nutriplus itu mengetengahkan semangat cintakan negara, perpaduan serta kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Menurut Alif, penglibatan dalam projek berkenaan bukan sekadar menghasilkan sebuah lagu bertemakan kemerdekaan, sebaliknya membawa mesej bahawa semangat patriotisme perlu terus disemai dan diraikan dalam kehidupan seharian.

Menerusi Kibar Cinta Merdeka, Alif & The Locos mengajak rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk mengetepikan perbezaan dan meraikan persamaan yang menyatukan mereka sebagai satu bangsa dan satu negara.

Alif berkata, mesej kebersamaan yang diketengahkan menerusi lagu itu cukup dekat dengan dirinya, khususnya dalam melihat kepelbagaian masyarakat Malaysia sebagai satu kekuatan.

“Kibar Cinta Merdeka adalah tentang kita semua. Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air dan satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Kami berharap lagu ini dapat membawa semangat positif dan mengingatkan kita untuk terus menghargai kebersamaan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa,” katanya.

Malah, Alif yang sinonim dengan karya dan penampilan berteraskan nilai kekeluargaan serta semangat positif percaya muzik mempunyai keupayaan untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang.

Bagi Alif, semangat kemerdekaan tidak seharusnya terhenti pada sambutan tahunan atau sekadar mengibarkan Jalur Gemilang.

Sebaliknya, kata penyanyi ini, dia mahu semangat itu diterjemahkan menerusi rasa bangga terhadap negara, menghargai kepelbagaian masyarakat dan menjaga hubungan sesama rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, kolaborasi Alif Satar & The Locos bersama Nutriplus turut menjadi sebahagian daripada usaha jenama berkenaan mendekati keluarga Malaysia menerusi kempen yang dekat dengan kehidupan seharian.

Pada masa sama, sempena pelancaran lagu itu, Nutriplus turut menganjurkan kempen Beli & Menang 999 Gold Egg yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.

Video muzik rasmi Kibar Cinta Merdeka Alif Satar & The Locos kini boleh ditonton menerusi saluran digital rasmi Nutriplus di YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.

https://youtu.be/5MjF-qlSghA?si=b_MmfEUN6ym9c38h

The post Bawa semangat patriotik, Alif Satar & The Locos hadiahkan Kibar Cinta Merdeka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved