Bawa tuntutan Sulu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa: Shafie

LocalPolitics
21 Jun 2023 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Aqdal mencadangkan Kerajaan merujuk apa yang dipanggil tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah, ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian mutlak.

“Bawa kes tuntutan kumpulan Sulu ke Mahkamah Antarabangsa untuk menyelesaikan perkara itu secara menyeluruh,” katanya pada majlis alumni SMK Datuk Panglima Abdullah, di sini.

Shafie berkata, Kerajaan perlu mengambil langkah tegas untuk menghalang mereka yang mengaku sebagai waris kesultanan Sulu daripada menuntut negeri ini.

Bekas Ketua Menteri itu berkata tuntutan itu akan terus berlarutan sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Saya mencadangkan pada peringkat awal supaya perkara ini dibawa ke ICJ kerana, jika kita lihat Kongres Parlimen Filipina, mereka tidak menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

“Bagaimanapun, tuntutan itu tidak mempunyai asas kerana pihak menuntut sebenarnya bukan keturunan kesultanan Sulu”.

Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, menegaskan jika perkara itu dibawa ke ICJ, Sabah akan mendapat keadilan sewajarnya kerana Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf.

“Saya bimbang mengenai perbelanjaan untuk peguam dan menunggu lama untuk tuntutan yang tidak berkesudahan ini.

“Kita perlu menamatkan situasi ini dengan segera dan sebaik mungkin, seperti yang dilakukan semasa tuntutan ke atas Pulau Ligitan dan Sipadan,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata SMK Datuk Panglima Abdullah telah melahirkan ramai individu yang berjaya.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah ini kerana selama 60 tahun, ia telah melahirkan pemimpin, ketua pengarah, doktor dan ramai lagi profesional.

“Walaupun jauh dari bandar dan kekurangan kemudahan, pencapaiannya luar biasa dan mampu bersaing dengan sekolah di kawasan bandar,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.