
Gara-gara didakwa tidak membuat ‘research’ terlebih dahulu, ‘team wardrobe’ Bella Astillah ditegur netizen baru-baru ini di laman media sosial, Threads.
Isu itu timbul selepas seorang individu menyuarakan tentang pemakaian Bella ketika penggambaran baru-baru ini di sebuah universiti awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menerusi Instagram, Bella sebelum ini ada berkongsi fotonya ketika penggambaran di kampus dan dia dipercayai membawa watak seorang pelajar universiti.
Bagaimanapun, pakaian Bella iaitu gaun pendek paras lutut dikritik kerana universiti awam tidak membenarkan pelajar memakai outfit sebegitu.
View this post on Instagram
Segelintir netizen mengkritik pihak produksi dan mereka yang bertanggungjawab bahagian wardrobe tidak ambil tahu tentang tatacara pemakaian universiti awam.
Saya tak salahkan Bella tapi produksi bahagian wardrobe kenapa pakaian Bella baju, skirt. UiTM tak boleh pakai skirt atas lutut. Tolong study dulu…

Bagaimanapun, beberapa individu bersikap tidak terus menyalahkan pihak wardrobe kerana ada juga situasi di mana pelakon sendiri yang memilih pakaian yang digayakan ketika berlakon.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Saya Memang Tidak Tahu..." - Bella Astillah Nafi Caras 'Job' Seorang Pelakon Wanita Dalam Drama Satu Hari Nanti
The post Bawa Watak Pelajar Universiti Awam Tapi Pakai ‘Dress’ Atas Lutut, ‘Team Wardrobe’ Bella Astillah Ditegur – “Tak Study Ke Tatacara Pakaian Uni” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
