Bawa Watak Wanita, PU Syed Tegur Syafie Naswip – “Tetap Haram, Akan Jadi Punca Orang Lain Terjerumus Ke Arah Itu”

LocalEntertainment
22 Jul 2025 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, pelakon Syafie Naswip berkongsi di Instagram tentang watak terbaru lakonannya yang kini masih dalam penggambaran.

Bagaimanapun, pendakwah PU Syed tampil menegur aktor tersebut yang berpakaian seperti wanita meskipun hanyalah watak lakonannya.

Haram walaupun hanya lakonan

Kata Syed, sudah banyak kali isu ini dibangkitkan dan banyak teguran telah diberikan kepada para pelakon untuk tidak melakonkan watak seorang wanita.

Memakai pakaian wanita, melakonkan watak wanita atau bergaya macam perempuan. Walaupun lakonan ia tetap haram dan berdosa.

image is not available

Yang saya maksudkan adalah pelakon Syafie Naswip. Kena tahu halal dan haram, watak-watak yang tidak boleh dibawa.

 

Cari watak yang selamat dari fitnah

Tambahnya, Islam juga melarang orang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya jadi Syed menyeru pelakon untuk tidak melakonkan watak berlainan jantina.

Melakonkan watak wanita bagi seorang lelaki memang tidak dibenarkan, gaya sebegitu tidak dibenarkan syarak.

Kata Syed, dia tidak mahu orang lain terjerumus dan tindakan seperti Syafie itu seolah-olah mengangkat golongan LGBT untuk menjadi ikutan.

image is not available

Dalam pada itu, Syed juga menasihati Syafie untuk membawa watak-watak yang lebih selamat dari segala fitnah, terutamanya kepada agama dan diri sendiri.

Saya harap pelakon ini dapat sedar, kalau boleh jangan teruskan lakonan ini, carilah watak-watak yang lebih segar dan patuh kepada syariat kerana kamu ada bakat serta ramai peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-06-20 11:51:31

"Realitinya Masih Ramai 'Ayam Tua' Cari Rezeki Di Lorong" - Ellie Suriaty Buktikan Masih Mampu Bawa Watak Pelacur