“Bawah Umur Lagi..” – Pakai Baju Nampak Lurah Dada, Penampilan Seksi Ahyeon BABYMONSTER Dikritik

Music
19 Apr 2024 • 11:15 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penampilan seksi Ah-yeon di acara muzik telah menjadi perbualan ramai.

Pada 18 April, BABYMONSTER telah membuat kemunculan di rancangan “M Countdown”. Di mana, mereka telah membuat persembahan lagu terbaru mereka iaitu “Sheesh”.

Tampil dengan pakaian berwarna merah dan hitam, kesemua ahli kumpulan itu kelihatan penuh berkarisma. Sesuai dengan tema yang dibawa oleh lagu tersebut.

Namun begitu, selepas video persembahan tersebut dimuat naik di YouTube, rata-rata peminat berasa terkejut melihat penampilan seksi Ah-yeon.

Di mana, baju tanpa lengan yang dikenakan oleh penyanyi tersebut jelas mempamerkan lurah dadanya, sekaligus menyebabkan peminat mengkritik penata rias kumpulan tersebut.

Mereka merasakan bahawa ianya tidak wajar untuk penata rias kumpulan itu untuk menggayakan Ah-yeon dengan pakaian yang seksi terutamanya kerana penyanyi tersebut masih lagi dibawah umur.

Antara komen peminat,

  • Kalian, tolong la ingat bahawa dia masih lagi berumur 17 tahun.
  • Bawah umur lagi dah berpakaian seperti ini?
  • Kenapa penata rias mereka bagi penyanyi bawah umur pakai seksi-seksi?
  • Jangan normalkan budak bawah umur untuk berpakaian seperti ini.
  • Terdedah sangat baju dia..

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.