"Bayar 2K Untuk Tu!" - Tarikan Unik Perkelahan Atas Langit, Depan Air Terjun Di Brazil

4 Sep 2023 • 4:19 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Anda bosan dengan percutian yang klisye? Apa kata cuba suatu perkara yang baru dan mencabar keberanian anda! Baru-baru ini viral sebuah video di platform X yang memaparkan satu pasangan dari Amerika sedang berkelah di satu port yang cukup unik dan tinggi!

Video tersebut menarik tumpuan ramai kerana mereka berkelah di udara! Mereka duduk di atas kerusi dan meja yang digantung sambil menikmati keindahan air terjun di Cascata da Sepultura, di Brazil.

Menerusi laporan, keseluruhan pengalaman yang unik itu berharga $450 (~RM2,089) untuk 15 minit sahaja. Harga tersebut sudah termasuk dengan gambar dan video dari dron.

“Ia hanya kira-kira 15 minit. Pengalaman lebih kepada pemandangan, bukan makanan,” kata Christianna

Pastinya pengalaman unik yang disediakan agensi pelancongan Brazil ini akan memberikan pelancong satu pengalaman bermakna kerana dapat merasai sesi perkelahan tergantung di atas Cascata da Sepultura, di Rio Grande do Sul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved