
Semalam, penyanyi antarabangsa Billie Eilish telah perform di Stadium Bukit Jalil
‘Bayar Beratus Tengok Rumput Je,’ Pengunjung Konsert Billie Eilish Kecewa Pentas Terlalu Jauh. Bagi peminat Billie Eilish, semestinya mereka tahu beliau baru-baru ini mengadakan konsert di sini di Malaysia sebagai sebahagian daripada World Tour – Happier Than Ever 2022 di Stadium Bukit Jalil.
Beribu-ribu peminat menghadiri konsert itu – meskipun semua orang kelihatan seronok, ramai yang mengadu pengalaman mereka tidak memuaskan kerana pentas diletakkan terlalu jauh dari tempat duduk.

Bayar beratus tapi berasa “tak berbaloi”
Beberapa netizen yang telah menghadiri konsert Billie Eilish meluahkan kekecewaan mereka menerusi media sosial mengenai jarak pentas dari tempat duduk mereka.
Untuk menjelaskan lebih lanjut mengapa mereka kecewa, ini pada asalnya peta tempat duduk yang dipromosikan oleh penganjur:

Daripada imej ini, orang ramai beranggapan bahawa pentas itu tidak akan terlalu jauh dari tempat duduk mereka.
Walau bagaimanapun, mereka yang membeli tiket mereka di zon CAT 2, 3, dan 4, tempat duduk mereka terletak terlalu jauh dari pentas utama.

“Patut penuhkan je bawah tu, tak tahu pulak view jauh gini,” – netizen
Rata-rata para pengunjung konsert itu meluahkan kekecewaan mereka mengenai seating arrangement mereka.
Hal ini kerana mereka berasa walaupun mereka telah membelanjakan banyak duit untuk pengalaman konsert yang hebat tetapi disebabkan susunan tempat duduk mereka, mereka tidak dapat menikmatinya sepenuhnya.
Patut penuh kan je bawah tu, tak tahu pulak view jauh gini
#HappierThanEverTourMy #BillieEilishTourMalaysia pic.twitter.com/rMCCm7D2xX
(@Azfarheri) August 18, 2022
Expectation vs Reality:- pic.twitter.com/4YnqnwuTeo
What is this tragic view at Billie Eilish show in Malaysia?!! Why are there some empty green spaces on the field?!! Why the screen so small? Why there are tents?!! So many questions!!
This is exactly why I'll never get seating area if a concert is taking place at a stadium. https://t.co/LjNTKczpgS
Salah seorang pengunjung konsert, content creator Khairul Aming, turut meluahkan kekecewaannya dengan sound system yang dipasang untuk konsert berkenaan.
Menurutnya, sound system yang digunakan amat mengecewakan dan mereka tidak dapat mendengar dengan jelas Billie Eilish.
weh sedihnya sound system. tak clear pun billie sebut apa 
aku redhoooo https://t.co/vksSTYA6yH pic.twitter.com/OoHORT5Pdw
Malah, terdapat juga netizen yang membuat meme mengenai pengalaman mereka menghadiri konsert itu.
Attending Billie Eilish concert be like pic.twitter.com/feQoBXCt2g
Alamak, kesian pula diorang. Semoga pihak penganjur dapat belajar dari perkara ni agar mereka dapat menambah baik pengalaman konsert untuk para pengunjung!


