Bayar deposit RM9 untuk Honor X9b, dapat hadiah percuma RM978 dan peluang menang tunai RM1,500

Digital
25 Oct 2023 • 5:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah menunjukkan kehebatannya mematahkan kayu, Honor Malaysia kini mengesahkan akan melancarkan telefon pintar Honor X9b pada awal bulan November. Tidak setakat itu, Honor juga menawarkan hadiah lumayan buat pembeli yang sanggup menempah sebelum tarikh pelancaran.

Pelancaran Honor X9b akan diadakan pada hari Rabu, 1 November 2023. Orang ramai turut boleh menyaksikan majlis ini bermula pukul 7 malam, di Facebook Honor Malaysia.

image is not available

Bayar RM9, berpeluang menang RM1,500

Jika anda berminat untuk memiliki Honor X9b tanpa mengetahui harga rasminya dahulu, anda boleh membuat tempahan awal dengan membayar deposit RM9 sahaja antara 27-31 Oktober 2023. Selepas pelancaran pada 1 November 2023, anda haruslah membuat bayaran penuh dalam masa yang ditetapkan.

Apabila anda menuruti langkah di atas, anda akan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan tunai kembali RM1,500 dalam bentuk kredit e-wallet (20 pemenang), atau RM100 (100 pemenang).

image is not available

Selain itu semua tempahan awal akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM978 iaitu:

  • Fon Putik Honor Choice Earbuds X5
  • Gelang pintar Honor Choice MOECEN Band
  • Gantian keretakan depan & belakang 365-hari

Tempahan awal ini akan dibuka mulai 9 pagi pada 27 Oktober 2023, di laman web Honor Malaysia. Untuk perbandingan, Honor X9a dilancar awal tahun ini di Malaysia pada harga RM1,499 dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Spesifikasi Honor X9b

Telefon pintar Honor X9b dinaik taraf kuasanya dengan penggunaan cip lebih baru, Snapdragon 6 Gen 1 4nm. RAM pula sebesar 12GB dan storan dalaman 256GB. Tiada ruang kad mikroSD.

image is not available

Tarikan utama sudah pasti pada badan Honor X9b. Di hadapan, ia memiliki skrin AMOLED 120Hz 6.78-inci, resolusi HD Penuh (2652×1200) dan melengkung di kedua sisi. Kecerahan pula setinggi 1,200 nits. Tidak dinyatakan apakah jenis kaca yang digunakan tetapi ia sangat teguh sehingga mampu digunakan untuk mengetuk paku ke dalam kayu. Saksikan beberapa demo ekstrem Honor X9b ditembak bertubi-tubi, mengetuk paku dan jatuh di tangga.

Lubang kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Di belakang pula terdapat tiga kamera. Ia gabungan kamera utama 108MP F1.75, kamera ultralebar 6MP dan kamera makro 2MP. Honor menyatakan, kamera ini mampu mengezum lossless 3x.

image is not available

Kapasiti bateri agak besar iaitu 5,800mAh, dikhabarkan mampu bertahan 3-hari. Kuasa mengencas pula hanya 35W, menerusi USB-C. Sistem operasi yang digunakan adalah MagicOS 7.2, berasaskan Android 13.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Honor X9b kelak, iaitu oren, hijau dan hitam. Sementara menunggu pelancarannya, anda boleh mendapatkan lebih info dari laman produk Honor X9b.

image is not available

Bacaan Berkaitan

View Original Article