Bayar Google Playstore dengan Boost dan terima pulangan tunai

2 Nov 2022 • 5:38 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google Playstore adalah satu gedung menawarkan banyak barangan digital, seperti perisian, aplikasi, filem, buku elektronik, lagu dan banyak lagi. Pengguna Android khususnya, boleh membuat pembelian di dalam aplikasi, menggunakan kaedah bayaran yang terdapat di Playstore.

Boost, penyedia perkhidmatan dompet elektronik (ewallet) di Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka kini menyediakan perkhidmatan pembayaran di dalam Google Playstore. Ia adalah eWallet ketiga menawarkan perkhidmatan ini, selepas Touch n Go eWallet dan ShopeePay. Selain bayaran kad debit dan kredit, Google Playstore juga menyokong pembayaran menerusi bil pascabayar telco dan kredit prabayar telco.

Main sampai puas dengan Boost

image is not available

Bagi meraikan permulaan Boost sebagai perkhidmatan pembayaran di Playstore, Boost memulakan kempen ‘Play To No End‘. Dari 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023, pengguna yang membuat pembayaran di Google Playstore menggunakan Boost berpeluang menerima penjimatan sehingga RM10.

Boost akan memberikan RM5 pulangan tunai sebagai kredit Google Play apabila membuat pembayaran pertama di Google Playstore menggunakan Boost. RM5 kedua pula diberikan dalam bentuk kredit Dompet Rakan Niaga Boost selepas membuat pembayaran seterusnya dalam bulan berikut.

image is not available

Cara menambah Boost di Google Play

Sebelum membuat pembayaran ini, pengguna Boost perlukan mengaktifkan pilihan Boost eWallet di dalam Google Play. Caranya mudah sahaja, buka aplikasi Google Playstore dan pergi ke tetapan akaun di hujung atas kanan. Selepas itu pilih ‘Payments and subscriptions’ dan tekan pada ‘Payment methods’.

Akan ada pilihan ‘Add Boost App‘ dan anda perlu memasukkan nombor telefon akaun Boost anda. Ikut langkah seterusnya untuk mendaftar masuk dan anda boleh mula membuat bayaran melalui Boost selepas itu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Boost Play To No End.

View Original Article