Kejap je kan masa berlalu, BLACKPINK pun dah nak masuk tahun ke-9 debut.
Baru-baru ini, BLACKPINK telah menggegarkan Korea dengan konsert mereka”DEADLINE” selama dua hari, yang berlangsung di Stadium Goyang.
Memandangkan ini adalah konsert pertama mereka di atas satu pentas selepas hampir 2 tahun, persembahan mereka nyata dinantikan ramai tambahan pula selepas semua ahli telah berkembang sebagai artis solo.
What is going on here… pic.twitter.com/wsBdzB8P1R
— dee the astronaut (@zonequal) July 6, 2025
Bagaimanapun, persembahan mereka tidak memuaskan hati sesetengah netizen, yang menganggap tarian BLACKPINK masih belum seragam dan juga tenaga mereka yang tak sepenuhnya ditonjolkan.
Meninjau ruangan komen, ada yang meluahkan bahawa persembahan mereka sepertinya tiada penambahbaikan dari sebelum ini walaupun koreografi untuk beberapa lagu adalah sama sahaja. Antara komen yang ditinggalkan,
- Peminat bayar mahal-mahal untuk tengok ni?
- Diorang tak praktis sekali ke macam mana ni..
- Jarang saya nampak BLACKPINK menari seragam.
Mungkin sebab dah lama tak perform sekali kot?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Bayar Mahal Untuk Tengok Ni?” – Dah Nak 9 Tahun Debut, Netizen Kesal Tarian BLACKPINK Masih Tak Seragam first appeared on KimchiDaily.my.


