Bayar RM15 Atau Kereta Kena Calar! Wanita Dedah Perbuatan Melampau ‘Ulat Parking’ Di Bukit Bintang

LocalCars
29 Dec 2023 • 1:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di TikTok, seorang wanita mengadu keretanya dicalar individu dipercayai ‘ulat parking’ kerana enggan membayar RM15 caj parkir yang dikenakan.

Menerusi hantaran tersebut, wanita dikenali sebagai Ballerina menunjukkan kesan calar yang jelas kelihatan di bahagian pintu keretanya.

image is not available

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Kongsinya lagi, sebelum kejadian dia telah diugut dan ‘ulat parking’ mendakwa kesemua tempat letak kereta di kawasan itu adalah kepunyaannya.

image is not available

Pendek kata, setiap kereta yang mahu parkir harus membayar caj haram RM15 jika mahu kereta yang diletakkan selamat.

Difahamkan, wanita ini telah tampil membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membanteras kegiatan ‘ulat parking’ yang semakin melampau.

Kredit: TikTok @ballerina391

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.