Bayar zakat fitrah melalui institusi rasmi kerajaan: Ruslan

6 Apr 2024 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Umat Islam di Sabah diminta tidak terpengaruh dengan fitnah terhadap Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) yang tular, baru-baru ini hingga enggan membayar zakat fitrah melalui amil dilantik.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Ruslan Muharam berkata, Muis sudah menafikan tuduhan itu termasuk memberi penjelasan mengenainya.

“Semua wang zakat yang dinyatakan dalam fitnah itu telah disalurkan kepada asnaf melibatkan lapan golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin, Fisabillilah, Gharimin, Riqab, Mualaf, Amil dan Ibnussabil.