Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 diawalkan

11 Nov 2022 • 12:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BERA: Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bernilai RM2.1 bilion yang akan memanfaatkan 5.2 juta penerima, bakal dikreditkan ke akaun mereka secara berperingkat selama tiga hari bermula 15 November ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pembayaran itu pada asalnya dijadualkan dibuat pada Disember, namun dipercepatkan kepada minggu hadapan bagi membantu penerimanya membuat persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL), yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan ini.

“Bagi BKM Fasa Empat, setiap penerima akan menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing, dan pembayaran ini adalah bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

“Mereka yang akan menerima bayaran ini terdiri daripada penerima sedia ada bagi kategori isi rumah dan warga emas bujang atau yang tiada pasangan,” katanya pada sidang media selepas Program Ramah Mesra di Kampung Batu Bor di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata mereka yang layak menerima bantuan tersebut boleh menyemak status pembayaran bermula 15 November ini, selain boleh merujuk portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut pembayaran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.