Mulai mulai Musim Haji 1447H/2026M, semua bakal haji yang melaksanakan haji perlu melaksanakan bayaran dam sebelum tiba di Tanah Suci sebagai prasyarat visa Haji yang boleh dibayar menerusi aplikasi THiJARI iaitu https://www.thijari.com.my/ atau di kaunter cawangan Tabung Haji bermula 1 Ramadan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Bayaran Dam Prasyarat Visa Haji
Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan setiap bakal jemaah haji yang melaksanakan haji melalui cara Tamattuk dan Qiran perlu membuat bayaran dam lebih awal kepada The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady & Adahi (ADAHI) sebagai pra-syarat proses pengeluaran visa haji mulai Musim Haji 1447H/2026M.
Bagi bakal jemaah haji yang melakukan haji melalui cara Ifrad, jumlah bayaran tersebut akan dipulangkan semula sekiranya akaun Tabung Haji telah didebitkan dan selepas perakuan dibuat, tertakluk kepada pengesahan oleh pihak Tabung Haji.
Pelaksanaan dam melalui ADAHI merupakan syarat baharu yang ditetapkan kepada semua jemaah haji seluruh dunia yang mengerjakan haji bagi musim haji ini.
Bagi jemaah Haji Malaysia, pihak Tabung Haji akan menguruskan pembayaran dam kepada ADAHI bagi pihak jemaah.


Maksud Dam
Dam ialah binatang ternakan al-An’am (berkaki empat) yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji dan umrah di atas sebab-sebab tertentu.
Bayaran Dam adalah terhad kepada Bakal Haji tahun semasa dan had transaksi Dam yang dibenarkan adalah sekali bagi setiap individu.
Dengan hal ini, Tabung Haji menyediakan perkhidmatan bayaran Dam melalui aplikasi THiJARI bagi memberi peluang kepada jemaah untuk membayar Dam lebih awal bagi memudahkan urusan di Tanah Suci.
Selain itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran pembayaran dam yang mencurigakan daripada agensi pelancongan atau mana-mana pihak yang mungkin mengambil kesempatan kerana kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi diperlukan untuk melaksanakan dam di Tanah Suci.
Cara Mengerjakan Haji
Terdapat 3 cara bagi jemaah mengerjakan haji iaitu:
- Haji Tamattuk : Mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan-bulan Haji kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama.
- Haji Ifrad : Mengerjakan Haji dalam bulan-bulan Haji kemudian mengerjakan Umrah.
- Haji Qiran :
a) Berniat mengerjakan Haji dan Umrah serentak dalam bulan Haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib Haji. Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan Haji.
b) Berniat mengerjakan Umrah sahaja, tetapi sebelum Tawaf dia berniat mengerjakan Haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib Haji.
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran dam yang ditetapkan bagi Musim Haji 1447H/2026M adalah RM810 bagi seekor kibas.
Pihak Tabung haji akan menguruskan pembayaran dam kepada ADAHI bagi pihak jemaah dan pihak jemaah perlu membayar menerusi aplikasi THiJARI atau di kaunter cawangan Tabung Haji.
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran dam ini boleh dibuat mulai 1 Ramadan pada tahun 2026.
Untuk jemaah yang tidak membuat bayaran awal, bermula 1 Syawal, pihak Tabung Haji akan menguruskan pembekuan jumlah tersebut daripada akaun Tabung Haji, diikuti proses pendebitan amaun daripada akaun masing-masing selepas itu.
Cara Pembayaran
Cara pembayaran boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Aplikasi THiJARI iaitu https://www.thijari.com.my/.
- Kaunter cawangan Tabung Haji yang boleh dirujuk melalui pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/korporat/direktori/pejabat-cawangan

Soalan Lazim
Bilakah bermulanya pelaksanaan pembayaran dam sebagai prasayarat visa haji?Pelaksanaan pembayaran dam ini bermula mulai Musim Haji 1447H/2026M.
Berapakah jumlah bayaran dam yang ditetapkan?Jumlah bayaran dam yang ditetapkan adalah RM810 bagi seekor kibas.
Bilakah tarikh permbayaran dam ini boleh mula dibuat?Pembayaran boleh dibuat mulai 1 Ramadan pada tahun 2026.
Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran dam ini?Bayaran boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI (https://www.thijari.com.my/)atau di kaunter cawangan Tabung Haji.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919.


