Bayaran haji jemaah B40 RM15,000, kos sebenar RM33,300

16 Dec 2024 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 16 DIS: Bayaran haji seorang jemaah muassasah berpendapatan rendah (B40) pada tahun depan adalah RM15,000, berbanding kos sebenar RM33,300.

Bakal jemaah B40 menerima bantuan kewangan Tabung Haji (TH) sebanyak RM17,300 seorang serta bantuan kerajaan RM1,000 seorang.

“Bantuan yang berjumlah RM18,300 ini adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan kos haji, menjadikan bayaran haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000,” kata Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH.

Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bakal haji kumpulan berpendapatan sederhana (M40) yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM23,500 berbanding RM19,152 seorang pada 2024.

“Bakal haji muassasah kumpulan M40 pula menerima bantuan kewangan berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan kos haji. Bayaran haji bagi seorang jemaah M40 ialah RM23,500,” katanya.

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2025 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang haji muassasah yang ditetapkan pada 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved