Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai

25 Jun 2023 • 8:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KPM dalam kenyataan menerusi siaran di Facebook pada Ahad. (Laporan Sinar Harian pada Jumaat)

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pembayaran tuntutan Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) bagi petugas serta pemeriksa peperiksaan akan diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023.

KPM dalam satu kenyataan berkata, sehingga 23 Jun 2023, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan negeri.

“Pembayaran IKH bagi pemeriksa peperiksaan pula telah selesai 98 peratus.

“Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 melibatkan seramai 131,318 orang petugas peperiksaan dan 29,421 orang pemeriksa peperiksaan.

“KPM komited memastikan pembayaran tuntutan petugas dan pemeriksa peperiksaan SPM Tahun 2022 diselesaikan segera,” katanya dalam kenyataan menerusi siaran di Facebook pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang guru, Mohd Fadli Salleh memuat naik beberapa tangkap layar luahan beberapa pendidik yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mendakwa masih belum menerima sebarang bayaran dan upah bagi tugasan berkenaan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved