Bayaran Yuran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5 Peratus Mulai 1 Ogos

23 Jul 2024 • 1:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Menerusi satu laporan The Star, Shopee memaklumkan semua yuran transaksi juga tertakluk kepada lapan peratus SST atau cukai perkhidmatan yang menjadikan kadar yuran transaksi akhir ialah sebanyak 3.78 peratus.

image is not available

Foto: klsescreener.com

“Semua penjual Marketplace tempatan dan penjual Mall dikenakan yuran transaksi untuk menampung yuran pintu masuk pembayaran yang “dikenakan kepada semua transaksi dalam talian oleh pembekal perkhidmatan apabila pesanan berjaya dibuat oleh pembeli.

“Yuran transaksi akan ditolak secara automatik daripada pembayaran penjual apabila pesanan selesai dibuat,” katanya.

Sementara itu, pengumuman dibuat Shoppee tersebut mengecewakan beberapa netizen terutamanya dalam kalangan penjual Shopee kerana sangat terkesan dengan perkara itu.

image is not available

Foto: tavesper.tech

Hal itu berikutan kerana semakan harga lebih tinggi berbanding kebiasaannya, yang secara tidak langsung membuatkan penjual mengalami kerugian bagi beberapa produk terutama barangan yang dijual dengan harga rendah.

Shopee juga mengenakan yuran komisen yang berbeza mengikut kategori produk selain bayaran perkhidmatan turut dikenakan terhadap penjual terpilih dan yuran penghantaran mengikut medium penghantaran yang dipilih.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved