Bayer Menghapuskan Jawatan Pengurus Sebagai Langkah Menjimatkan $2.15 Bilion

TechnologyDigital
22 Apr 2024 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bayer AG ialah antara syarikat farmaseutikal terbesar dunia dengan ia mencipta Aspirin yang berguna untuk merawat sakit kepala dan mengilangkan Zyklon B sebuah gas beracun yang membunuh ribuan orang awam ketika Perang Dunia Kedua. CEO Bayer, Bill Anderson melakukan pengumuman syarikat akan menghapuskan jawatan pengurus pertengahan sebagai langkah menjimatkan kos sehingga $2.15 bilion.

image is not available

Langkah drastik ini diambil selepas mengambil maklum balas daripada kakitangan yang mengatakan birokrasi melambatkan proses inovasi di Bayer. Selain itu buka panduan syarikat hampir 2000 muka surat juga kan dirombak bagi mempercepatkan proses keputusan diambil oleh kakitangan. Dengan tiada lagi pengurusan pihak pertengahan, kakitangan Bayer akan menguruskan diri mereka sendiri selepas ini.

Tindakan yang diambil oleh Bayer ini mungkin drastik tetapi bukanlah idea baharu. Pasca pandemik syarikat teknologi mula membuang ratusan ribu pekerja dan majoriti yang dikorbankan ialah kakitangan pengurusan. Meta, Google, X dan Tesla adalah antara yang melakukannya bagi mengurangkan kos selepas pandemik meninggalkan impak yang besar.

View Original Article