Bayern mahu cantas Liverpool dapatkan Alonso

Football
16 Feb 2024 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Xabi Alonso

BAYERN Munich semakin hampir untuk memecat pengendali pasukan itu Thomas Tuchel dan melihat Xabi Alonso sebagai penggantinya.

Tuchel telah mendapat kritikan teruk selepas Bayern ketinggalan lima mata di belakang Bayer Leverkusen yang dikendalikan Alonso dalam perebutan kejuaraan Bundesliga, dan tewas 0-1 kepada Lazio dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Alonso tampil cemerlang membimbing Bayer Leverkusen ke tempat teratas dalam liga Jerman, dan dia telah dikhabarkan sebagai bakal pengganti Jurgen Klopp di Liverpool.

Tetapi, The Times melaporkan bahawa Bayern bersedia untuk menyertai perlumbaan untuk mendapatkan khidmat Alonso.

Bayern telah tersingkir awal dalam saingan Piala Jerman, dan bergelut dalam kedua-dua pertandingan Bundesliga dan Liga Juara-Juara.

Jika kelab itu menamatkan musim tanpa trofi, kempen penuh pertama Tuchel sebagai bos Bayern akan dianggap gagal berikutan standard tinggi yang diletakkan pengurusan kelab.

Khidmat Alonso sangat diidamkan Bayren dengan Liverpool turut mencari pengurus baharu apabila Jurgen Klopp meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini.

Alonso cukup mengenali Liverpool apabila menjadi pemain di Anfield dari 2004 hingga 2009, tetapi dia juga pemain Bayern Munich antara 2014 dan 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved