“Bayi 1.5 KG Patut Dalam Inkubator!” – Bayi Pramatang Meninggal Dunia Lepas Sesi Foto ‘Newborn’ Demi Konten Klinik

Family & Parenting
21 Nov 2023 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas menjalani sesi fotografi, seorang bayi pra-matang dilaporkan meninggal dunia atas sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak di sebuah klinik.

Difahamkan dari laporan Tribunnews, pihak klinik telah didakwa melakukan pengabaian terhadap seorang bayi selepas melakukan sesi fotografi tanpa pengetahuan serta persetujuan ibu bapa.

Dapat dilihat di laman Instagram, ahli keluarga memuat naik gambar serta video meluahkan rasa kesal susulan kejadian ini berlaku.

Bayi seberat 1.5 kg sepatutnya berada dalam inkubator, dijaga dengan baik dan betul di NICU. Tapi sebaliknya anda menjadikannya sebagai konten.

Bayi pra-matang itu pada keesokkan harinya dibenarkan oleh pihak klinik untuk pulang ke rumah, namun bayi malang terbabit tidak berada dalam keadaan baik.

Bayi berkenaan telah dijaga oleh ahli keluarga di rumah tetapi dia sama sekali tidak mahu minum susu hinggalah meninggal dun