Bayi 24 hari disuap telur mentah, meninggal dunia

14 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayi 24 hari disuap telur mentah, meninggal dunia

JAKARTA – Seorang bayi perempuan berusia 24 hari di Surabaya, wilayah Jawa Timur meninggal dunia selepas berada dalam keadaan kritikal, dipercayai diberi telur mentah oleh neneknya, lapor laman berita Suara Surabaya. 

Bayi dikenali sebagai Alena itu diberi telur mentah oleh neneknya untuk meredakan demam tinggi. Dia dikejarkan kemudian ke Hospital Dr Soetomo untuk mendapatkan rawatan. 

Namun, keadaannya semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.10 pagi (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Timbalan Gabenor Jawa Timur, Emil Elestianto Dardak berkata, pesakit didakwa mengalami jangkitan pada saluran pencernaan sehingga keadaannya merosot dan meninggal dunia. 

“Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada pihak hospital, pesakit mengalami jangkitan pada saluran pencernaan. 

“Masih belum diketahui sama ada pemberian telur mentah tersebut menjadi punca,” kata Emil. 

Pihak berkuasa menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak memberi sebarang makanan kepada bayi. – AGENSI

The post Bayi 24 hari disuap telur mentah, meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved