Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh, Muka Tertutup Dengan Lampin Ketika Dalam Buaian

19 Aug 2022 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang bayi lelaki ditemui maut ketika berada di dalam buaian selepas mengalami sesak nafas di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, Ampang Jaya.

Menurut laporan Harian Metro, bayi berusia empat bulan itu mengalami sesak nafas selepas kain lampin tertutup di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi itu telah dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.

Semasa tiba di Hospital Ampang, bayi sudah tidak bernyawa.

image is not available

Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian.

Jelas Mohamad Farouk, bayi terbabit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Punca kematian masih dalam siasatan.

image is not available

Sususlan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga merupakan pengasuh bayi itu.

Suspek maklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.

Menurutnya lagi, semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah atau dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Dia Ni Kaki Perempuan" - Pelakon Lelaki Baru Nak 'Up' Terlibat Jenayah Dadah & Rog*l Gadis Bawah Umur?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved