Bayi 7 Bulan Tertelan Jarum Berjaya Diselamatkan

20 Jun 2022 • 12:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jarum yang berjaya dikeluarkan dari badan bayi berusia 7 bulan di Makkah. - Gambar dari Arab News

MAKKAH - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan nyaris maut apabila dia tertelan jarum sepanjang 5.5 cm. Bayi berkenaan yang berasal dari Amerika Syarikat, datang ke Makkah bersama keluarganya yang mengerjakan umrah.

Dia dikejarkan ke hospital di Makkah dalam keadaan kritikal dengan jarum berkenaan telah menusuk ke usus serta membentuk lubang.

Pasukan perubatan bagaimanapun berjaya mengeluarkan jarum itu tanpa pembedahan, walaupun berdepan kesukaran disebabkan usia bayi terbabit dan saiz jarum itu.

Prosedur itu berjaya dan bayi terbabit keluar hospital dalam keadaan sihat selepas beberapa hari menerima rawatan, demikian lapor Arab News.

image is not available
X-ray menunjukkan jarum di dalam badan bayi perempuan berkenaan.

Dalam pada itu, ketua pasukan perubatan, Dr. Abdullah Al-Shanbary, memberitahu selepas prosedur berkenaan dijalankan, bayi terbabit berpuasa selama empat hari, dengan pemeriksaan dan X-ray dilakukan.

Hasil pemeriksaan X-ray luka dalaman telah sembuh.

Sementara Dr Hilal Al-Maliki yang juga pengarah eksekutif hospital terbabit, memuji kejayaan pasukan perubatan dan menekankan bahawa hospital itu dilengkapi dengan peralatan terkini dan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kes kritikal. - Arab News