Bayi 7 Hari Jadi Korban Syahid Termuda Di Gaza

24 Oct 2023 • 1:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bayi berusia tujuh hari, Nabila Nofal menjadi korban syahid termuda di Gaza susulan konflik antara Palestin-Israel, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Eye.On.Palestine 2 di laman Instagramnya, kelihatan bayi perempuan dibalut dengan kain berwarna hijau telah membuatkan ramai sebak.

Syahid termuda di Gaza

Difahamkan, mangsa telah dilahirkan pada 6 Oktober lalu namun, hayatnya hanya bertahan selama seminggu untuk hidup di dunia selepas tentera Israel menjadi asbab kepada kematiannya.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak atas pemergian bayi tidak berdosa tersebut malah, tidak dapat membayangkan kesengsaraan yang dialami warga Palestin yang tidak henti diserang tentera zionis.

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Rehatlah wahai Nabila, syurga menantimu

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar warga Palestin sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan dan syurga sentiasa menanti buat mereka yang syahid memperjuangkan tanah serta agama.

image is not availableimage is not available

Sehingga kini, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian di Gaza akibat pengeboman berterusan Israel meningkat lebih 5,000 nyawa yang tidak bersalah.

Bahkan, Amerika Syarikat (AS) menasihatkan Israel supaya menangguhkan serangan darat di Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas.

Sementara itu, menurut kumpulan Palestin dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), dua wanita yang ditawan Hamas di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu telah dibebaskan.

Sumber: Instagram @Eye.On.Palestine 2

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved